Penafian

Team Koleksi Cerita Komedi Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Di Dalam Blog Koleksi Cerita Komedi Ini.

Semua Artikel Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog
Koleksi Cerita Komedi.

Team
Koleksi Cerita Komedi Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Orang Melayu

Seorang penumpang berada di atas kapal terbang yang sedang terbang melintasi Lautan Hindi. Di sebelahnya sedang mengelamun seorang lelaki separuh umur. Penumpang ini pun bertanya kepada lelaki di sebelahnya itu, “Encik orang Melayu ke?”. Lelaki itu menoleh kemudian berkata dengan yakin “Bukan!”. Penumpang tadi berasa kurang puas hati. Dia bertanya sekali lagi, “Awak ni bukan orang Melayu ke?”. Lelaki tadi memandangnya dengan renungan yang tajam, “Saya kata bukan, bukanlah”.

Selang beberapa minit kemudian, penumpang itu bertanya lagi, “Encik pasti bahawa encik bukan orang Melayu?”. Lelaki itu tidak menjawab. Tetapi dia akhirnya menganggukkan kepalanya. Selepas itu dia mengeleng-mengelengkan kepalanya. Dalam hatinya berkata “Tak faham Melayu ke dia ni. Nampak macam orang Melayu”.

Selang beberapa minit kemudian, penumpang itu bertanya lagi “Encik, adakah encik orang Melayu?”. Lelaki itu akhirnya menjawab dengan rasa bosan tetapi yakin, “Ya!, saya orang Melayu”. Selesai dia menjawab, penumpang tadi ketawa berdekah-dekah. “Kah! Kah! Kah!”. Lelaki itu kemudian bertanya “Kenapa awak ketawa?”. Jawab penumpang itu sambil terus ketawa besar “Kah! Kah! Tapi rupa awak tak nampak macam rupa orang Melayu”. “Kah! Kah! Kah!” dia terusan ketawa.

No comments: