Penafian

Team Koleksi Cerita Komedi Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Di Dalam Blog Koleksi Cerita Komedi Ini.

Semua Artikel Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog
Koleksi Cerita Komedi.

Team
Koleksi Cerita Komedi Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Minta Tolong

Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba - tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur.

“Maaf kan saya,”kata lelaki itu. “Saya nak minta tolong sedikit ni….boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?” Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang - barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti.

“O.k! Siap,”kata gadis tersebut tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri . Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis itu bersuara, “Er…ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?”

“Ya,” jawab lelaki tersebut. “Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan : P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik.”

No comments: