SUAMI KELUAR MASUK DISKO
Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku terpaksa minta cerai dari suamiku. "Kenapa..?" tanya temannya kehairanan. "Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko," jawab si ibu muda. "OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi. "Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu Muda.
BINI DAPAT TAHU
Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya. "Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta - malah, aku juga ada wanita yang cantik. Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang"
"Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?" tanya si teman penuh simpati. "Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau... ."
"INGAT SAYA BERSENANG LENANG DI SINI?"
Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari dia memarahi suaminya "Oh, abang selalu bersenang lenang di luar dan meninggalkan saya di rumah!"
Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana , si suami memesan minuman keras seperti biasa dan memesankan satu gelas untuk isterinya.
Ketika si isteri cuba meminumnya, dia terus memuntahkan nya kembali.
"Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap langsung... ! " rengus si isteri.
"Tulah, jadi jangan anggap saya bersenang lenang di sini... "
MENANG LOTERI RM3 JUTA .
Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil isterinya secara tiba-tiba. Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak! Isteri: Kenapa Bang? Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit. Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg untuk bercuti ke mana? Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti keluar negara ke Bang? Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awak hendak pergi. Yang penting, awak seorang yang keluar dari rumah ini!
"SINI TAK BOLEH BERENANG" .
Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun. Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, "Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini!"
Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. "Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?" soal wanita tersebut. "Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian," jawab pemilik dusun dengan selamba.
UBAT SAKIT KEPALA
Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, "Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?" "Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos. "Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga," terang Semaun. "Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!"
PENUMPANG DEGIL YANG BODOH
Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke KL' Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa, "Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana ." Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana , duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??", herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain," pujuk ketua pramugari. "Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang. Tengok oranglah!!!" , katanya.
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.
"Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan. "Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di KL," jawab kapten.
No comments:
Post a Comment