Penafian

Team Koleksi Cerita Komedi Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Di Dalam Blog Koleksi Cerita Komedi Ini.

Semua Artikel Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog
Koleksi Cerita Komedi.

Team
Koleksi Cerita Komedi Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Janda Muda

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

” Mahukah saudara ditemani ? ” soal janda tersebut dengan nada yang manja.
” Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! ” balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.

” Baguslah , ” kata janda itu pula.
” Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara….. ”

No comments: