Penafian

Team Koleksi Cerita Komedi Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Di Dalam Blog Koleksi Cerita Komedi Ini.

Semua Artikel Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog
Koleksi Cerita Komedi.

Team
Koleksi Cerita Komedi Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Cerita Lawak : KHAS UNTUK KAUM PEREMPUAN

Untuk Isteriku tersayang.. semoga berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Diharap kehadiran surat ini tidak melukakan hari dan perasaan Ayang.
Sebenarnya sudah agak lama abang memikirkan akan perkara ini, Cuma masanya
sahaja di rasakan kurang sesuai.Akan tetapi abang rasa inilah masa yang
paling sesuai untuk mencurahkan perasaan yang terbuku dihati selama
ini.Harapan abang semoga Ayang dapat membacanya dengan hati yang jujur dan
ikhlas dan berlapang dada menerima kehendak abang.

1.Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa
menghadapi perangai Ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap
bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati Ayang tanpa soal. Abang jaga
Ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang
abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah
bertapak sejak lama? Kini relakah Ayang melakukan pengorbanan yang agak
kecil terhadap abang?

2.Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan
mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 9hb Jun
2006 hingga 9 Julai 2006. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga
seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan
menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi
Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi
dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-

3.Dalam tempoh tersebut Ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan
pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2006 di Jerman. Jika
Ayang gagal melakukan perkara ini, Ayang mungkin rasa terabai jika tidak
dapat
berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu Ayang
janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

4.Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa Ayang akan
diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran Ayang dari bermula
dari
6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan
memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang
sama sekali mengerling ke arah remote control pada masa tersebut.

5.Jika Ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut, Ayang
hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak
perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang. Jika Ayang bercadang
untuk berbogel di hadapan tv pada waktu tersebut,
pastikan Ayang memakai pakaian semula selepas itu kerana abang takut Ayang
akan
demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk membawa
Ayang ke klinik dan juga melayan Ayang selepas itu.

6.Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan
juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan Ayang untuk membuat air
atau mengambil makanan ringan. Kasih sAyang abang akan bertambah kepada
Ayang
jika Ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang
semasa perlawanan berlangsung.

7.Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan
bersama abang tetapi Ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau
commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada massa ini
terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada
diambang
kekalahan.

8.Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa
kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut
mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?

9.Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan
ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan
kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

10.Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk
menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka Ayang perlu bersiap sedia
dengan kadar segera?

11.Selepas period abang ini abih..Ayang dilarang merungut : siib baik
world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan rungutan
tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian
League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.

12.Atas kerjasama dan timbang rasa Ayang ini, jika pasukan yang abang
sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut
emas..pandai-pandai la Ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah?. Jika
sebaliknya? hendaklah Ayang turut berduka?.

13.Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!.


Abang yang sentiasa menyayangi Ayang

No comments: