Penafian

Team Koleksi Cerita Komedi Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Di Dalam Blog Koleksi Cerita Komedi Ini.

Semua Artikel Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog
Koleksi Cerita Komedi.

Team
Koleksi Cerita Komedi Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Cerita kelakar Apabila Ali mengamuk

Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18, namanya sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu,kira banyak jugakkan... tinggal lah seorang orang yg gila bernama Ali( memang nama sebenar). Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibubapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada org kata, Ali ni mewarisi sifat gila dari bapanya..
Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat. maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 jumaat yg lain, Ali akan pergi ke masjid utk menunaikan solat jumaat. sungguhpun dia ni gila..tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. Oleh itu kengkawan semua, contohilah sikap Ali ni, jgnlah miss solat. nnti kita lebih gila dari org yg gila.
Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak bali! k rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi...dia pun buat pengumuman dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal..
"Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"
Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumler...orang giler ni kalau nak mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.
Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tersengih2 budak tu berkata...
"Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."
Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari.
Setelah dapat selipar buruknya..Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak Imam pun bertanya...
"Errrr...boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia"
"Balik kaki ayamler..."jawab Ali dengan selamba rocknyerr..

No comments: