Penafian

Team Koleksi Cerita Komedi Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Di Dalam Blog Koleksi Cerita Komedi Ini.

Semua Artikel Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog
Koleksi Cerita Komedi.

Team
Koleksi Cerita Komedi Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Mee Bandung

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit
dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad
Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah
mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk
melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut
sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh
Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis
perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir
nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari
kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang
keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"
kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat
Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian
bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2
tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

No comments: