Penafian

Team Koleksi Cerita Komedi Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel Di Dalam Blog Koleksi Cerita Komedi Ini.

Semua Artikel Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog
Koleksi Cerita Komedi.

Team
Koleksi Cerita Komedi Tidak Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Perang besar jika ungkapan cinta anda diterbalikkan

Teruna: "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."
Cewek: "Apakah kau rela kalau aku pergi?"
Teruna: "Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu."
Dara: "Apakah kau mencintaiku?"
Teruna:: "Tentu! Selamanya akan tetap begitu."
Dara: "Apakah kau pernah berlaku curang?"
Teruna: "Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."
Dara: "Maukah kau menciumku?"
Teruna: "Ya..."
Dara: "Sayangku... Sesudah 5 tahun nikah..."

Sila baca dari bawah ke atas.

BIL TELEFON MELAMBUNG...???

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya

Kisah Zorro, Robin Hood dan Org Asli

lawak lama yang di"up"kan kembali.


Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan megahnye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.

Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"

Wanita & Goalkeeper

Dlm satu kebakaran tingkat 3, sorang wanita dgn bayinya ter perangkap.Datang sorang penjaga gol…

Goalkeeper : Lemparkan bayi tu.

Wanita : Takut awak terlepas!

Goalkeeper : Saya tak pernah miss sepanjang kerjaya saya!

Wanita tu pun lempar, dan goalkeeper tu dapat menangkap dengan baik sekali …

kemudian

dia meletak bayi tu ke tanah, undur beberapa langkah dan terus menendang bayi tu sejauh 60 meter.

Lari Dari Hospital

Seorang pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan sesaat sebelum ia menjalani pembedahan. "Ada apa Pak Cik?," tanya pengawal hospital.

Lelaki itu menjelaskan, "Saya baru mendengar jururawat kata 'bertenang, ini pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik'."

"Dia cuma mahu menenangkan Pak Cik, bertenang sahaja, jangan takut ….," kata si pengawal.

"Dia tidak berkata pada saya, dia berkata kepada doktornya!"